Friday, February 24, 2017

Membaca itu Jambatan Ilmu

Hai.

title post macam menarik kan *jelir lidah*

harini aku nak cerita pasal membaca.

aku ada hobi membaca buku ni sejak dari sekolah rendah lagi. sampai sekolah menengah aku suka lagi baca buku. mostly buku yang aku baca adalah novel melayu. ombak rindu, adam dan hawa, bayangan rindu and etc.. novel dulu best tau, tak macam yang sekarang.




novel melayu sekarang pon best jugak, cuma tajuk novel tu buat aku turn off. terus takde mood nak baca. title buku tah pape. maaf.

selain novel, aku suka jugak baca buku ilmiah ni terutamanya buku berkaitan sains. aku rasa inilah antara sebab aku ada minat mendalam sikit (berbanding bidang lain) dalam sains. 

semasa aku form 5, kalau tak silap aku stop membaca novel. sebab nak spm waktu tu. aku kena baca buku bio daripada novel romance tau. hehe. then bila masuk matrik, minat baca aku masih tak datang. 

ni ada beberapa faktor, antaranya, masa ni aku baru dapat smartphone. well, u know, aku lagi suka membaca media sosial than books. plus, jadual kelas kat matriks sgt padat sebab aku ni modul 1. 

sampai lah aku sambung degree. masa ni minat membaca aku datang balik. tapi aku tak baca buku novel tu, aku pilih baca buku yg membina diri dan kearah islamik sikit. dan aku beli banyak sangat (taklah banyak sgt) buku yg berkaitan dengan sejarah islam.

sejarah islam sangat menarik, u know. 

then slowly aku start baca buku fixi. yes, aku antara peminat buku fixi. hehe. aku ada koleksi byk juga buku fixi. 



dan sekarang aku tengah berjinak-jinak dengan novel english. 

i need to improve my english. i think reading would be help to me. 

sekian sahaja cerita pasal hobi membaca aku. post ni sedikit boring, mian (read:maaf).


Thanks for reading^^

No comments:

Post a Comment